Aku!!! Yang Hemoi...

just untuk aku ckap korang dengar... korang cakap aku plak dengar... " banyak Halangan yang perlu aku tempuhi... hanya ingin mengejar cita, mungkin ada hikmah disebalik semua yang telah berlaku...mungkin Allah nak uji aku..aku redha .. "

Pendengar Yang Baik..

Ramai di antara kita yang gagal menjadi pendengar yang baik. Apabila keluarga atau rakan atau sesiapa sekalipun meluahkan perasaan atau menceritakan sesuatu, kita lebih cenderung kepada ‘memotong’  kata-kata mereka. Ini akan mengakibatkan seseorang itu menjauhkan diri dan tidak mahu berkongsi masalah dengan kita.
Bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik? Berikut adalah tips yang boleh di praktikkan oleh kita semua.
1. Berikan perhatian sepenuhnya – Apabila seseorang mula berkata-kata, tumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Hentikan segala perbuatan kita di saat itu dan dengar dengan teliti setiap apa yang ingin disampaikannya.
2. Jangan berikan pendapat – Apabila seseorang meluahkan perasaaan, jangan sesekali memberikan pendapat atau jalan penyelesaian.  Contohnya, “Tadi aku nampak seekor kucing kat tepi jalan. Kesian sangat tengok kucing tu.” Jangan pula korang berikan pendapat, “Ala…biarlah kucing tu. Tak ada kena mengena ngan awak pun”. Pendapat sebegitu akan mematikan mood seseorang untuk becerita. Jangan sesekali memberikan pendapat kecuali diminta.
3. Bertanyakan soalan – Untuk menaikkan lagi mood seseorang itu untuk bercerita, tanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan apa yang diceritakan. Ini menunjukkan yang korang juga berminat dengan cerita yang disampaikan itu. Ingat tanya soalan yang berkaitan je. Jangan main tukar topik pula.
4. Berikan sokongan kepadanya – Sekiranya seseorang yang bercerita itu sedang marah-marah atau merungut mengenai sesuatu, dengarkan saja apa yang dia marahkan. Berikan sokongan tapi jangan pula korang menambahkan api kemarahan itu.
5. Diam dan jangan berkata apa-apa – Sekiranya topik luahan perasaan atau marah itu ada berkaitan dengan korang, adalah lebih baik korang berdiam diri dan jangan respon apa-apa. Lebih baik korang tahan telinga dulu dan mendengar apa saja yang dia katakan. Biarkan dia luahkan segala perasaannya. Dengan cara sebegini akan membuatkan dia lebih cepat reda kerana perasaan marah itu berjaya dikeluarkan. Lepas itu barulah korang cuba menjernihkan keadaan.



* for sure aku rase aku pndengar yag baik kot haha... aku dah  mempraktikkan semua diatas.. betul..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...